fbpx

Selesai bayar jamin, Chee Yang ditahan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Yang ditahan selepas membayar ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tidak sempat untuk berjumpa keluarga selepas membayar ikat jamin kali kedua, ahli perniagaan Chung Chee Yang ,43, yang terlibat dalam kes pukul dua pengawal peribadinya ditahan semula oleh polis.

Difahamkan, bapa empat anak itu ditahan polis pukul 4.30 petang selepas membayar jaminan bagi membantu siasatan kes Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan dibawa ke Bukit Aman.

Sebelum ini, polis mendedahkan susulan tangkapan dibuat di sebuah rumah milik salah seorang suspek di Bukit Tinggi di sini sebelum menemui 100 kilogram jongkong emas.

Turut ditemukan adalah 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.25juta.

Terdahulu Chee Yang telah membayar ikat jamin RM10,000 selepas mengaku tidak bersalah empat pertuduhan mencederakan dua pengawal peribadinya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd. Azminizam Zulkepli, 44 di lif dan Lobi di sebuah kondominium di Dang Wangi di sini antara pukul 8.40 dan 8.43 malam pada 13 April lalu.

Bagi kesemua kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI