fbpx

Mara siasat dakwaan guru buat pemeriksaan datang bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah Mohd. Dun

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjanji akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung pendedahan beberapa kejadian gangguan seksual yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini.

Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan telah memulakan siasatan mendalam terhadap perkara itu.

“Mara tidak akan berkompromi dengan sebrang bentuk salah laku yang melibatkan pegawainya, apatah lagi yang melibatkan keselamatan pelajar di institusi pendidikan Mara.

“Mara akan mengambil tindakan tegas sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada untuk memastikan persekitaran pendidikan yang kondusif, aman dan bebas daripada gangguan seksual serta eksploitasi wania dan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, Mara juga akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan imej dan kredibiliti Institusi Pendidikan Mara (IPMA) sentiasa terpelihara.

Terdahulu, beberapa orang pelajar yang mendakwa dirinya merupakan pelajar MRSM mendedahkan terdapat beberapa orang guru wanita yang memeriksa badan pelajar wanita bagi memastikan mereka tidak menyembunyikan barang larangan ke sekolah.

Pendedahan di Twitter itu kemudian dibalas dengan beberapa lagi pendedahan pelajar yang menceritakan turut pernah disentuh oleh guru wanita di bahagian sulit atas alasan ingin memeriksa sekiranya pelajar betul-betul sedang datang bulan dan tidak boleh menunaikan solat.

Susulan itu, All Women’s Action Society (AWAM), Sisters In Islam (SIS) dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) semalam menggesa Kementerian Pendidikan dan Mara untuk menyiasat dakwaan penderaan dan gangguan seksual guru kepada pelajar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI