fbpx

Bonus sebulan gaji untuk semua kakitangan Yayasan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Rosdy (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Pahang di Kompleks Yayasan Pahang di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Pengerusi Yayasan Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan bonus sebulan gaji kepada semua kakitangan Yayasan Pahang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, pemberian sumbangan Aidilfitri itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan dan kakitangan Yayasan Pahang yang terus membantu menguruskan anak syarikat kerajaan negeri itu dengan cemerlang.

“Bantuan atau bonus ini kita boleh berikan kepada kakitangan Yayasan Pahang kerana pengurusan kewangan dijalankan dengan baik dan prestasi kewangan kerajaan negeri juga diuruskan dengan berhemah.

“Kalau kita tengok kepada peningkatan pendapatan dicatatkan Yayasan Pahang, tahun lalu kita memperoleh pendapatan RM169 juta dan jumlah ini menunjukkan peningkatan melebihi RM40 juta berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar di Kompleks Yayasan Pahang, di sini, malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI