fbpx

294 tong roro untuk persiapan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong roro disediakan MBSA dalam membantu masyarakat di bawah pentadbiran MBSA melupuskan sampah pukal sebagai persediaan Aidilfitri.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 294 tong roro dalam membantu masyarakat melupuskan sampah pukal dari kediaman mereka termasuk untuk persiapan Aidilfitri.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, tong roro berkapasiti tiga tan itu disediakan secara percuma bermula 26 April hingga 11 Mei depan.

Katanya, antara lokasi peletakan tong berkenaan adalah di Seksyen 1 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.

“Justeru, orang ramai boleh melupuskan sampah pukal seperti perabot lama, almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen dan sebagainya di lokasi yang betul.

“Ini selaras objektifnya dalam mendidik warga Shah Alam untuk menguruskan sampah pukal dengan cara yang sistematik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shahrin berkata, MBSA berharap penduduk bandar raya ini memberikan kerjasama dalam proses pelupusan sampah itu bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI