fbpx

267 hidupan liar mati di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau belang merupakan antara hidupan liar yang diancam kepupusan.

KUALA LUMPUR – Kemalangan maut membabitkan hidupan liar di atas jalan raya menjadi antara punca yang menjejaskan bilangan populasi haiwan tersebut di Malaysia.

Perkara itu terbukti apabila 267 kes membabitkan sembilan hidupan liar dilindungi dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh tujuh tahun sejak 2013.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, nyawa hidupan liar di negara ini makin terancam ekoran kes kemalangan yang tinggi.

Katanya, spesies hidupan liar paling kerap dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan ialah kucing hutan atau kucing batu iaitu sebanyak 140 kes.

Ini diikuti tapir dengan (83 kes, memerang (20), beruang (7), gajah (7), harimau kumbang (5), kambing gurun (2), Rusa (2) dan harimau belang (1).

Jelas beliau, kemalangan ke­rap berlaku di laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2, Jalan Mak Lagam, Terengganu, Jalan Bukit Aping, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan. 

“Bagi tahun 2019, sebanyak 42 kes kemalangan dilaporkan membabitkan gajah, tapir, me­merang dan kucing.

“Kebiasaannya, kemalangan membabitkan haiwan liar sering berlaku pada waktu lewat malam dan senja,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.

Menurutnya, hasil kajian Perhilitan mendapati kemalangan berlaku apabila haiwan tersebut cuba melintas jalan untuk berge­rak dari satu tempat ke tempat lain bagi mencari pasangan, makanan dan faktor fragmentasi habitat hidupan liar. 

“Sikap pemandu tidak peka dengan papan tanda amaran hidupan liar di jalan raya dan sengaja memecut kenderaan ketika melalui kawasan hotspot antara punca kemalangan terus berlaku.

“Kemalangan secara drastik ini menyebabkan penyusutan populasi hidupan liar,” ujarnya.

Abdul Kadir berkata, pelbagai inisiatif dilaksana bagi mengurangkan kes seperti mengenal pasti hotspot baru, pemasangan lampu isyarat berkelip serta papan tanda amaran.

“Malah kami memplot kawasan-kawasan hotspot ini di dalam aplikasi Waze sebagai pe­ringatan kepada pemandu supaya memperlahankan kenderaan di kawasan terbabit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI