fbpx

Minyak sawit atas lebuh raya akibatkan kesesakan empat kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori membawa muatan minyak kelapa sawit selepas dilanggar oleh sebuah lori membawa tanah di kilometer 15.9 Lebuh Raya Koridor Guthrie.

SUNGAI BULOH – Pengguna Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas lebih empat kilometer selepas berlaku tumpahan minyak kelapa sawit susulan perlanggaran melibatkan dua buah lori hari ini.

Pengendali GCE, Prolintas Expressway Sdn. Bhd. (Prolintas), menerusi satu kenyataan berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu melibatkan sebuah lori dengan muatan tanah yang telah melanggar sebuah lori tangki membawa minyak kelapa sawit.

“Berikutan kemalangan itu, terdapat tumpahan minyak sawit daripada lori terbabit di lokasi dan kesemua lorong di Kilometer 15.9 menghala ke arah Utara telah ditutup bagi kerja-kerja pembersihan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian dan laluan kontra telah diaktifkan untuk membantu melancarkan aliran trafik,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, pihak GCE akan mengeluarkan maklumat terkini berhubung kejadian dari semasa ke semasa menerusi akaun Twitter rasminya @GCEtrafik.

“Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi arahan lalu lintas dan berhati-hati ketika memandu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ketika mengesahkan kejadian berkata, susulan kejadian, satu lorong kecemasan dibuka untuk laluan manakala tiga lorong masih ditutup untuk kerja pembersihan.

“Panjang kesesakan dianggarkan kira-kira empat kilometer dan pihak Guthrie sedang berusaha untuk menyediakan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI