fbpx

Oksigen KRI Nanggala cukup hingga Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan kapal selam KRI Nanggala-402 berlayar berhampiran dermaga Indah Kiat di Kota Cilegon, Banten.. (CYPRIANUS ANTO SAPTOWALYONO)

BALI, Indonesia – Kapal selam Indonesia yang hilang bersama 53 kru mempunyai bekalan oksigen mencukupi untuk beberapa hari sahaja.

Tumpahan minyak di mana kapal selam KRI Nanggala 402 dipercayai menyelam semalam menunjukkan kemungkinan berlakunya kerosakan tangki bahan api.

Kru KRI Nanggala mempunyai bekalan oksigen mencukupi hingga awal Sabtu ini manakala masa semakin suntuk untuk mencari kapal selam itu yang hilang di perairan Pulau Bali.

“Masa yang ada adalah sehingga sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) Sabtu ini. Mai berdoa agar kami dapat menemui mereka sebelum waktu tersebut,” kata ketua Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut,  Yudo Margono kepada pemberita.

Bagaimanapun, penganalisis-penganalisis pertahanan memberi amaran bahawa kapal selam itu mungkin berkecai jika ia tenggelam pada kedalaman  700 meter, jauh melebihi had selamannya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI