fbpx

The Gunners tempang tanpa dua penggempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBA (kiri) masih belum sembuh daripada serangan malaria, manakala Lacazette dalam proses pemulihan kecederaan hamstring. – AFP

LONDON – Arsenal berdepan tu­gas sukar untuk meraih se­mula sokongan para penyo­kongnya selepas Pierre-Eme­rick Aubameyang dan Alexandre Lacazette tidak akan beraksi bertemu Everton pa­da aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi esok.

Ketiadaan dua penyerang prolifik itu menyukarkan peluang The Gunners untuk mencatat tiga mata bagi menggembirakan penyokong-penyokong fanatik mereka yang masih terkilan disebabkan tindakan menyertai penubuhan Liga Super Eropah (ESL) baru-baru ini.

Aubameyang, 31, belum sembuh daripada serangan malaria, manakala Lacazette, 29, masih menjalani proses pemulihan terhadap kecederaan hamstring kaki kiri dialaminya ketika seri 1-1 dengan Fulham pada Ahad lalu.

“Alex (Lacazette) akan meneruskan sesinya bersama pasukan perubatan dan tidak akan mengambil bahagian untuk perlawanan menentang Everton. Situasinya akan dinilai untuk aksi minggu depan.

“Auba (Aubameyang) juga tidak akan turut serta bertemu Everton. Kami berharap dia dapat kembali menjalani latihan ringan hujung minggu ini,” me­nurut kenyataan Arsenal.

Bagaimanapun, kem Arsenal mendapat khabar gembira apabila Martin Odegaard dilaporkan sudah mula berlatih bersama skuad utama sejak mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa dengan Norway awal bulan ini.

Pengurus Arsenal, Mikel ­Arteta dijangka enggan me­ngambil risiko menurunkan anak-anak buahnya yang masih belum cergas bertemu Everton kerana sasaran utama mereka musim ini adalah trofi Liga Europa.

Sebagai rekod, The Gunners diundi bertemu Villarreal yang dibimbing bekas pengurus, Unai Emery untuk aksi separuh akhir pertama Liga Europa di Estadio de la Ceramica pada 30 April ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI