fbpx

Misi pertama Mason berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASON (dua dari kanan) nyata gembira selepas Spurs berjaya meraih mata penuh dengan menewaskan Southampton awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus sementara Tottenham Hotspur, Ryan Mason menarik nafas lega selepas pasukan itu menang 2-1 ke atas Sout­hampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Mason, 29, menjadi pengurus termuda dalam sejarah Liga Perdana selepas beliau mengambil alih pasukan itu daripada Jose Mourinho yang dipecat.

Beliau berkata, Spurs menampilkan aksi lebih baik pada separuh masa kedua untuk bangkit daripada ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Gareth Bale dan Son Heung-min.

“Selepas beberapa hari yang sukar, akhirnya kami boleh menarik nafas lega, lebih-lebih lagi menerusi kemenangan pada hari ini (semalam). Saya gembira de­ngan aksi ditampilkan pada separuh masa kedua.

“Semua pemain menunjukkan komitmen yang sangat tinggi, terutamanya selepas aksi mengecewakan pada separuh masa pertama. Saya akui Southampton bermain sangat baik,” katanya.

The Saints mendahului perlawanan menerusi jaringan Danny Ings, namun hasrat mereka untuk membawa pulang tiga mata tidak terlaksana.

“Pasukan ini hanya perlukan kepercayaan untuk mereka bermain lebih bebas. Anda boleh lihat kemampuan sebenar mereka pada separuh masa kedua,” ujar Mason.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI