fbpx

PKRC khas tempatkan pelajar positif Covid-19 di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan membuka satu Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) khas bagi menempatkan pelajar sekolah yang disahkan positif Covid-19.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin, berkata, ia menjadikan pusat itu sebagai PKRC ketujuh di Kelantan susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menjadikan asrama sebuah sekolah sebagai PKRC khas bagi menempatkan pelajar yang disahkan positif dari seluruh negeri ini.

“PKRC itu berkemungkinan akan dibuka di sebuah sekolah menengah di Salor di sini bermula hari ini atau selewat-lewatnya esok. Pelajar lelaki dan perempuan turut akan ditempatkan di dua buah blok berasingan” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI