fbpx

Kadar pengangguran negara masih terkawal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran di Malaysia masih di bawah kawalan dan pelbagai usaha kini sedang dilakukan kerajaan termasuk mencipta dan mengekalkan pekerjaan di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau akui ramai pihak mempersoalkan pengangguran yang dikaitkan dengan penguncupan ekonomi negara.

Malah, katanya, ada juga yang mengaitkan pengangguran dengan usaha kerajaan dalam menangani krisis kembar kesihatan awam dan ekonomi.

“Hakikatnya, pada tahun 2020, lebih 150 negara di dunia mengalami penguncupan dan krisis ekonomi yang paling teruk di dalam sejarah masing-masing.

“Buat masa ini, Majlis Pekerjaan Negara sedang memantau rapi pelbagai inisiatif termasuk mencipta dan mengekalkan pekerjaan,” katanya menerusi Laporan Laksana ke-50 di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI