fbpx

68 peniaga jual ayam mahal di Kelantan terima notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (dua dari kanan) ketika menjalankan pemantauan harga di pasar raya Mydin Kubang Kerian hari ini. Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seramai 68 peniaga ayam di Kelantan yang dikenal pasti menaikkan harga jualan ayam tanpa mengikut harga pasaran telah menerima notis sejak minggu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, notis yang dikeluarkan sejak 13 April sehingga semalam itu diberikan kepada peniaga dan mereka perlu menjawab notis itu dalam tempoh masa tiga hingga tujuh hari.

“Kita tempoh agar mereka memberi sebab harga ayam yang dijual tidak sama dengan harga semasa pasaran.

“Jika peniaga gagal menjawab dan mengemukakan dokumen lengkap terhadap notis berkenaan, maka mereka akan dikompaun,“ katanya selepas program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 di pasar raya Mydin Kubang Kerian di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI