fbpx

Penguatkuasaan serius ke atas penternak, pemborong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP memantau harga ayam mengikut SHMMP Hari Raya Puasa di Pasar Besar Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menyarankan kepada pihak berwajib supaya tidak hanya memberi tekanan kepada peruncit atau peniaga untuk mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pemantauan dan penguatkuasaan lebih serius juga harus dilakukan ke atas pemborong dan pembekal barangan mentah.

Katanya, tinjauan Cake mendapati kebanyakkan peruncit tidak mematuhi SHMMP 2021 terutamanya peniaga ayam dan daging lembu tempatan berikutan pemborong dan penternak berterusan menaikkan harga.

“Ini menyebabkan peruncit tertekan dengan kawalan harga ini. Semalam apabila Cake membuat tinjauan mendapati kebanyakan peniaga daging lembu tidak mematuhi SHMMP dengan menaikkan harga daging sehingga RM37 sekilogram (kg).

“Alasan yang diberikan adalah penjual menjual daging yang lama (sebelum pelaksanaan SHMMP 2021) dan ada yang masih menerima bekalan dengan harga yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, hasil tinjauan itu mendapati bahawa kenaikan harga berpunca daripada pemborong (kartel) yang mengambil kesempatan atas permintaan yang tinggi terhadap barangan keperluan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI