fbpx

Dramatis Farisha Irwayu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARISHA IRWAYU

PETALING JAYA – Pelakon drama, Farisha Irwayu mengesahkan bahawa dia positif Covid-19 tahap ketiga selepas dijangkiti wabak tersebut sejak 19 April lalu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebooknya, pelakon tersebut memaklumkan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang.

Ujar Farisha, 52, dia telah melakukan ujian calitan Covid-19 selepas mengalami batuk dan demam berterusan selama seminggu sebelum mendapati keputusannya adalah positif.

“Hari ini masih batuk kuat, ada masalah sikit pada paru-paru akibat jangkitan Covid-19. Sesiapa sahaja di luar sana kalau ada sikit-sakit, batuk atau demam, jangan ambil remeh. Cepat-cepat buat ujian calitan ya.

“Jangan jadi macam saya. Dah seminggu batuk, demam tak kebah sampai hilang deria bau dan rasa, baru nak buat ujian calitan.

“Rupa-rupanya Covid-19. Sama-sama kita jaga kita ya,” kongsinya.

Dalam pada itu, Farisha atau nama sebenarnya Norayu Ghali turut memaklumkan bahawa dia dipakaikan gelang berwarna biru dan putih kerana berada pada peringkat jangkitan Covid-19 tahap tiga.

“Saya dipakaikan gelang berwarna biru dan putih sebab Covid-19 tahap tiga. Teruskan berdoa untuk saya ya keluarga dan sahabat-sahabat maya tersayang.

“Semoga Allah terus beri saya kesihatan yang baik pada bulan Allah yang mulia ini,” katanya.

Farisha yang cukup dikenali sekitar tahun 1990-an melalui drama slot Spectra terbitan HVD itu turut memaklumkan bahawa suaminya, Tuan Asmawi Tuan Umar, 46, juga disahkan positif Covid sehari selepas dia dimasukkan ke pusat kuarantin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI