fbpx

MV Mega Bakti bantu cari kapal selam Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MV Mega Sakti

PETALING JAYA – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengatur gerak kapal penyelamat kapal selam TLDM iaitu MV Mega Bakti pada pagi ini bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah telah menghubungi Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto hari ini bagi memaklumkan perkara itu.

“Operasi SAR ini melibatkan 54 kru yang terdiri dari tujuh pegawai dan anggota TLDM dan tiga pegawai dan staf perubatan ATM, serta 44 kru MV Mega Bakti.

“Operasi ini diketuai oleh Komander Mohd. Hairul Fahmy bin Yob TLDM selaku Coordinator Rescue Force (CRF),” katanya di sini hari ini.

Difahamkan MV Mega Bakti telah berlayar dari Jeti Operasi Markas Pemerintahan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah dan dijangka sampai ke lokasi SAR pada petang Ahad.

“Selain itu, pihak TLDM akan mengadakan solat hajat dan memanjatkan doa ke atas keselamatan anak-anak kapal dan agar kapal selam tersebut segera ditemui.

“Kementerian Pertahanan melalui TLDM memberi sepenuh komitmen ke atas Operasi SAR ini dan ketersediaan TLDM membuktikan sebarang asetnya boleh diatur gerak dalam semua aspek pengoperasian dalam masa yang singkat,” ujarnya.

Terdahulu, kapal selam KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang pada pagi semalam di perairan Pulau Bali.

Kapal selam yang membawa 53 kru tersebut telah gagal dihubungi bermula pada pukul 4 pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI