fbpx

Jangan pertikai bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

PETALING JAYA – Jangan pertikai jika kerajaan beri bantuan khas kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, semua pihak perlu berlapang dada mengenainya.

“Kerajaan merupakan majikan penjawat awam dan tidak jadi kesalahan untuk mereka (penjawat awam) minta bantuan daripada majikan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Adnan berkata, Cuepacs telah menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan memberi bantuan khas tersebut kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Menurut beliau, secara tradisi kerajaan pada setiap tahun akan memberi bantuan khusus untuk penjawat awam dan pesara kerajaan bagi membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Kata beliau, cuepacs berasakan pemberian bantuan kewangan Aidilfitri itu wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam disamping meringankan beban mereka semua.

Tambah beliau, pemberian bantuan khas kewangan itu secara tidak langsung memberi impak positif kepada ekonomi dan rakyat apabila wang tersebut beredar ke pasaran.

“Bantuan kewangan tersebut sudah pasti akan dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan dan akan memanfaatkan peniaga kecil, pasar raya besar dan sektor-sektor ekonomi yang lain,” ujarnya.

Katanya lagi, Cuepacs juga berharap kerajaan negeri memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam yang bertugas di peringkat negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI