fbpx

‘Jordan sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JORDAN MIKHAEL ISQANDAR ROSLIN

SEBERANG PERAI – Hasrat seorang bapa untuk mendermakan hati kepada anak lelakinya yang menderita kegagalan hati akut tidak kesampaian apabila kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town semalam.

Jordan Mikhael Isqandar Roslin, 2, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 5.30 pagi.

Kanak-kanak itu sepatutnya menunggu hati yang akan didermakan bapanya, Roslin Rahman, 35, kerana mempunyai jenis darah yang sama.

Ibunya, Maryanti Othman, 40, berkata, suaminya sempat berbisik di telinga anak mereka itu untuk mengajaknya bangun bersahur bersama-sama kira-kira sejam sebelum Jordan Mikhael Isqandar meninggal dunia.

“Saya dan suami bersahur di sebelah katil Jordan di hospital kira-kira pukul 4.30 pagi sebelum terlelap.

“Lebih kurang sejam kemudian iaitu kira-kira pukul 5.30 pagi, ada seorang doktor datang dan mengejutkan kami sebelum memberitahu bahawa degupan jantung Jordan berhenti,” kata wa­nita itu menerusi aplikasi Whats­App kepada Kos­mo! semalam.

JORDAN dirawat di wad PICU, HPP di George Town sebelum dijadualkan untuk menerima rawatan lanjut Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ujarnya, hasrat suaminya untuk mendermakan sebahagian hati kepada kanak-kanak itu tidak kesampaian.

Jordan Mikhael Isqandar yang mempunyai kembar, Oman Rafaiel Muzaffar sebelum itu dilaporkan sedang menjalani ra­watan dialisis dan ‘plasmaplyst’ sementara di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), HPP.

Difahamkan, kanak-kanak itu sepatutnya bertolak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ­semalam untuk menjalani rawatan susulan atau pembedahan pemindahan hati jika keadaannya masih tenat.

Akibat situasi itu, Oman ­Rafaiel Muzaffar pula dijaga oleh nenek mereka di Kampung ­Kebun Sireh, Bukit Mertajam di sini.

Menurut Maryanti, kesakitan yang ditanggung anaknya itu dikesan kira-kira tiga minggu lalu apabila dua beradik itu dijangkiti selesema dan demam.

Selepas diberikan ubat kata­nya, hanya Oman Rafaiel menunjukkan tanda-tanda akan sihat.

Namun, Jordan Mikhael Isqandar pula secara tiba-tiba dijangkiti ‘kuning’ sehingga terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital pada hari pertama Ramadan sebelum dia terpaksa ditidurkan oleh pakar perubatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI