fbpx

Lelaki maut terjun Suria KLCC bawa kad rawatan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lelaki yang maut selepas terjun dari tingkat 4 di Suria KLCC di sini hari ini merupakan pesakit dari Hospital Klang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal melalui televisyen litar tertutup mendapati mangsa terjun dari tingkat 4 bangunan berkenaan.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun. Mangsa juga merupakan pesakit berdasarkan kad rawatan dari Hospital Klang yang dijumpai di dalam beg galas disandangnya.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

Kosmo! melaporkan seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 4 Suria KLCC di sini hari ini.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah selepas dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 bangunan terbabit. – K! ONLINE

(Nota: Gambar asal berita ini telah diubah bagi mengelak salah faham dalam kalangan pembaca. Laporan ini berdasarkan kenyataan polis.  – Pengarang Kumpulan Media Mulia.)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI