fbpx

Bintang k-pop sorok wajah setahun di sebalik rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Junji berkata gaya rambutnya itu menjadikan dia lebih dikenali. - OnlyOneOf

SEOUL – Seorang ahli kumpulan popular Korea Selatan mencuri tumpuan menerusi gaya rambut pelik yang menutup sebahagian wajah termasuk matanya, lapor Oddity Central kelmarin.

Junji yang merupakan salah seorang ahli kumpulan OnlyOneOf mula menggayakan fesyen rambut itu sejak Januari tahun lalu.

Menurut Junji, pada mulanya dia hanya merancang untuk menggayakan gaya rambut pelik itu selama beberapa minggu.

Namun, apabila ia mula diperkatakan umum, Junji memilih untuk menyimpan gaya rambut itu sehingga setahun lamanya.

“Asalnya saya tidak sukakan gaya rambut ini namun disebabkam ramai yang mengenali saya dengan gaya ini, saya bimbang peminat tidak mengecam saya jika ia diubah, ” katanya.

Junji juga mengaku dia tidak boleh melihat dengan gaya rambutnya itu dan terpaksa meminta bantuan anggota kumpulan lain untuk memimpin tangannya semasa berada di atas pentas.

Beberapa pihak membuat spekulasi bahawa Junji memilih gaya rambut yang menutup wajahnya kerana tidak mahu diminati sekadar untuk wajahnya yang tampan.

Namun berdasarkan tinjauan terbaharu di laman sosial kumpulan ini, Junji dilihat sudah memotong rambut depannya dan menampakkan wajah yang selama ini disembunyikan.- Agensi

Wajah sebenar Junji selepas menggunting rambut depannya selepas setahun membiarkannya panjang. – OnlyOneOf
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI