fbpx

Institusi pondok sentiasa dapat perhatian kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Institusi pondok di negara ini tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan malah, ia dibuktikan menerusi pelbagai agihan dan bantuan setiap tahun termasuk ketika pandemik Covid-19.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zakaria Othman berkata, Jakim menerusi inisiatif Tabung Musaadah Covid-19 sudah mengagihkan lebih RM400,000 kepada institusi pondok terjejas.

Beliau berkata, sebanyak 33 buah pondok yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19 di seluruh negara mendapat manfaat daripada tabung berkenaan.

“Jakim ingin memaklumkan bahawa, institusi pondok yang terdapat di negara ini tidak pernah diabaikan malah sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan.

“Keprihatinan ini dapat dilihat melalui peruntukan bajet setiap tahun yang disediakan khusus oleh kerajaan melalui Jakim untuk meningkatkan institusi pondok di negara ini.

“Pada tahun ini, bagi memastikan 275 buah institusi pondok yang berdaftar kekal dan semakin kondusif, kerajaan menyediakan peruntukan one-off sebanyak RM100 juta untuk institusi tahfiz serta Sekolah Agama yang berdaftar,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pada tahun 2017 dan 2018 pula, sebanyak RM50 juta diperuntukan untuk institusi pondok sahaja selain RM25 juta bagi tahun 2019 dan 2020 bagi institusi tersebut.

Zakaria berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM29 juta tahun ini melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk program Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi pelajar pondok dan tahfiz. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI