fbpx

Ebit Lew belanja KFC untuk kakitangan HUSM Kubang Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew mengagihkan hidangan KFC sebagai juadah berbuka puasa kepada kakitangan HUSM Kubang Kerian, Kelantan semalam.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bermurah hati ‘menjamu’ kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Kelantan dengan hidangan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk juadah berbuka puasa.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya hari ini, Ebit Lew berkata, beliau menyediakan hidangan tersebut kepada lebih 350 kakitangan hospital berkenaan.

Menurutnya, selama ini kakitangan hospital telah banyak mencurahkan keringat dan bakti kepada masyarakat siang dan malam dalam memastikan kesihatan masyarakat terjaga.

“Saya niat nak ambil berkat buka puasa mereka yang kerja berpenat lelah siang malam demi kesihatan kita semua.

“Jadual tak tetap kerja siang malam demi menjaga pesakit. Kerja khidmat pada masyarakat ini teramat mulia dan paling baik serta banyak memberi manfaat,” katanya pada hantaran tersebut.

Ebit lew berkata, pada masa sama, petugas-petugas hospital juga terpaksa berpisah dengan keluarga demi memenuhi tuntutan tugas.

“Malam-malam kena tinggal suami dan anak-anak. Ada yang sudah kerja 18 tahun dan kadang-kadang tak tidur malam, tidur siang.

“Semoga Allah rahmati semua doktor, jururawat, pembantu perubatan dan barisan hadapan negara yang sentiasa berkorban,” doa Ebit Lew.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi hantaran tersebut telah dikongsi lebih 869 kali dan lebih 1,100 netizen yang telah meninggalkan komen.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI