fbpx

Masjid dikompaun RM10,000 gagal pamer kod QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PEKAN – Masjid Sri Maulana Taman Sri Maulana di sini dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 semalam kerana didapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah, masjid berkenaan gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan.

Susulan itu tindakan kompaun dikeluarkan pada pukul 11 pagi semalam atas nama Pengerusi Jawatankuasa Masjid atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata,
pihaknya telah meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan pemantauan berterusan di masjid dan surau negeri ini.

“Kita telah meminta penguatkuasa JAIP memastikan kod QR dapat dipamerkan dan diguna setiap individu yang datang ke masjid.

“Mungkin ada berlaku kekhilafan oleh ahli jemaah atau oleh pengurusan itu di luar jangkaan kita,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI