fbpx

Pindah rumah 18 kali kerana isteri takut lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Katsaridaphobia boleh terjadi dalam pelbagai cara, daripada hanya dengan mendengar perkataan ‘lipas’, sehinggakan mengalami rasa tidak selesa dengan kehadiran serangga tersebut. - Erik Karits/Pixabay/Oddity Central

NEW DELHI – Sepasang suami isteri di India hidup berpindah-randah melibatkan 18 buah rumah berbeza dalam tempoh tiga tahun kerana isterinya amat takutkan lipas, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Suami wanita tersebut menyedari akan fobia isterinya selepas mereka berkahwin pada tahun 2017. Wanita tersebut dikatakan lari bertempiaran sambil menjerit dari dapur kediaman mereka selepas melihat lipas.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan enggan memasuki dapur semula dan mendesak agar mereka berpindah ke rumah baharu.

Pasangan itu berpindah ke rumah baharu buat kali pertama pada tahun 2018,namun ia tidak gagal bertahan kerana fobia terhadap lipas dikenali sebagai ‘katsaridaphobia’ itu kembali menyerang isterinya. Insiden melihat lipas memaksa pasangan tersebut berpindah-randah sebanyak 18 kali.

Meskipun telah membawa isterinya berjumpa beberapa pakar psikiatri, ketakutan melampau wanita itu terhadap lipas tetap tidak berubah, malah dia juga enggan menjalani rawatan yang ditetapkan.

Bosan dengan situasi tersebut, si suami yang bekerja sebagai jurutera perisian akhirnya membuat permohonan cerai kerana tidak mampu lagi bertahan dengan kehidupan berpindah-randah.

Wanita tersebut mendakwa suaminya tidak memahami masalah yang dihadapinya dan cuba untuk mengatakan bahawa keadaan mentalnya tidak stabil.

Menurut laman web fobia FearOf.net, katsaridaphobia terjadi dalam pelbagai cara sehinggakan ada penghidap yang ketakutan apabila mendengar perkataan ‘lipas’ disebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI