fbpx

Mohd. Noor sembelih hampir 500 lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Noor (tengah) menyembelih lembu korban anjuran UMNO bahagian Tanjong Karang di Masjid Jamek Sungai Burong hari ini

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA SELANGOR – Pengalaman telah menyembelih hampir 500 ekor lembu membuatkan khidmat Mohd. Noor Saad, 55, ditagih khususnya ketika ibadah korban di sekitar Tanjung Karang di sini.

Mohd. Noor yang berjinak dalam bidang tersebut hampir 30 tahun lalu mempelajari teknik penyembelihan daripada seorang alim ulama di sini.

Katanya, dia memiliki 15 bilah pisau peribadi yang digunakan bagi tujuan penyembelihan sahaja.

“Sepanjang terlibat dalam bidang ini, hampir 500 ekor lembu telah disembelih sama ada untuk tujuan ibadah korban dan majlis perkahwinan.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang proses penyembelihan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas program korban anjuran UMNO bahagian Tanjong Karang di Masjid Jamek Sungai Burong hari ini.

Jelas mantan nazir Masjid Kampung Tali Air 2 itu, sebanyak sembilan ekor lembu ‘ditumbangkan’ pada majlis tersebut.

Ujarnya, kebiasaanya penyembelih akan memotong tiga urat lembu, iaitu urat wajib untuk memastikan lembu yang disembelih segera rebah dan mati.

“Namun terdapat juga keadaan saya terpaksa memotong lima urat lembu selepas lembu itu didapati tidak mati dan ia dibenarkan dalam syarak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI