fbpx

Dua maut kemalangan enam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah satu kemalangan maut yang berlaku di Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam, Kluang petang semalam.

JOHOR BAHRU – Dua maut manakala empat mangsa lain cedera dalam kemalangan berasingan membabitkan enam kenderaan di Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam petang semalam.

Kemalangan pertama berlaku pada pukul 5.55 petang di Kilometer 85.5 jalan berkenaan melibatkan dua buah treler dan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta Perodua Viva, Osman Ismail, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati sebuah kenderaan dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkannya dirempuh sebuah lori treler.

“Pada masa yang sama, sebuah treler di belakang tidak sempat membrek lalu melanggar treler di hadapan.

“Pemandu Perodua Viva yang berusia 31 tahun maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah manakala dua penumpang kenderaan itu, beserta pemandu dan kelindan lori hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hang Seng berkata, dalam kemalangan kedua pula berlaku pada pukul 6.30 petang di Kilometer 86 laluan yang sama melibatkan dua buah treler dan kereta.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta Proton Persona, Shahrul Nizam Khamis, 28, meninggal dunia di lokasi nahas.

Ujarnya, insiden itu dipercayai berlaku apabila Proton Persona berkenaan terlanggar bahagian belakang lori sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan yang berusia 28 tahun maut di tempat kejadian,” ujarnya.

Hang Seng turut memberitahu, mangsa yang cedera dalam dua kemalangan itu dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1997,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI