fbpx

Dua lelaki melecur, motosikal terbakar akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu dua mangsa kemalangan yang melecur setelah motosikal ditunggang terbakar di Kampung Pasir Garam, Kampong Gajah di sini hari ini.- FOTO IHSAN JBPM

PASIR SALAK – Dua lelaki melecur selepas terlibat kemalangan yang mengakibatkan sebuah motosikal terbakar dalam kejadian di Kampung Pasir Garam, Kampung Gajah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, penunggang motosikal jenis Demak melecur 45 peratus di badan manakala lelaki warga Pakistan yang menunggang motosikal Honda EX5 pula melecur kira-kira 30 peratus.

Kedua-dua mereka yang berusia lingkungan 30-an itu dirawat di Hospital Changkat Melintang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sebaik sahaja dimaklumkan kemalangan itu, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampong Gajah telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di sana, didapati dua lelaki cedera dengan kesan lecur di badan setelah motosikal yang ditunggang mereka bertembung lalu terbakar.

“Anggota segera memadam kebakaran motosikal jenis Demak yang ketika itu telah terbakar kira-kira 95 peratus.

“Dua mangsa yang cedera itu segera diserahkan kepada petugas perubatan untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI