fbpx

Roda Panas, tayang koleksi jentera mewah selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODA PANAS bersiaran setiap Isnin pukul 9.30 malam bermula 12 April menerusi saluran Naura.

PERKONGSIAN trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti dan usahawan berpengaruh menjadi intipati untuk sebuah program baharu berjudul Roda Panas.

Program tersebut merupakan rancangan majalah infotainment terbitan saluran Astro Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.

Bukan sekadar menyajikan trend koleksi kenderaan peribadi selebriti terlibat, Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsiaan eksklusif melibatkan reviu dalaman dan luaran kenderaan dan sesi pandu uji.

Malah, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga turut diketengahkan.

Julung kali diterbitkan, program berkenaan dikemudikan oleh pelakon terkenal yang mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya iaitu Remy Ishak
selaku hos sepanjang 10 episod siaran.

Kupasan

Roda Panas bersiaran selama 30 minit setiap hari Isnin pada pukul 9.30 malam bermula 12 April menerusi saluran Naura, selain turut boleh diakses dalam aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, Astro terus berusaha memberikan hiburan bermaklumat kepada penonton.

“Justeru, kami tampil membawakan lebih banyak pengisian berilmiah dalam format komersial yang padat dengan kupasan komprehensif secara santai sebagai inisiatif berterusan untuk mendekati audiens sasaran,”

“Roda Panas mampu menyalurkan informasi semasa mengenai teknologi kenderaan berkuasa besar, perkembangan trend terkini selain meningkatkan kesedaran awam terhadap soal keselamatan jalan raya,” katanya.

Tambah Azlin, meskipun kupasan topik dalam Roda Panas agak berat untuk sesetengah penonton, namun corak penyampaian secara santai oleh Remy menjanjikan kelainan.

“Keistimewaan dan keunikan program ini juga terletak pada perkongsian eksklusif oleh barisan tetamu jemputan,” ujarnya lagi.

Penerbitan Roda Panas musim pertama dimeriahkan dengan barisan selebriti popular iaitu Datuk Awie, Datuk Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy dan Wak Doyok.

Roda Panas turut dimeriahkan personaliti dan usahawan berpengaruh seperti Amirul Rejab, Tinie Sulaiman dan Nabil Rahizad.

Antara koleksi yang ditampilkan menerusi Roda Panas ialah Awie dengan motosikal berkuasa tinggi miliknya, Harley Davidson Rod Glide CVO, Rosyam Nor (BMW E36 dan Satria Neo R3 Lotus Racing), Pekin Ibrahim (Volkswagen Golf R32 MK5), Black Hanifah (Caravan) dan Wak Doyok (Ford Mustang 5.0L V8).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI