fbpx

Rakam gambar ‘hantu’ di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Hantu’ tersebut sedang berdiri di belakang dua orang biarawati dengan keadaan garisan penanda perhentian bas dapat dilihat secara jelas dari bahagian belakang kakinya. - Kennedy News/The Sun

ZAGREB, CROATIA – Seorang lelaki di Croatia mendakwa merakam gambar kelibat hantu apabila wanita dalam gambarnya mempunyai kaki  lutsinar dan boleh dilihat secara telus, lapor akhbar The Sun semalam.

Daripada gambar yang dikongsi oleh  Ivan Rubil di akaun media sosialnya, garisan penanda perhentian bas dapat dilihat secara jelas menembusi belakang kaki wanita berkenaan.

“Saya memuat naik gambar tersebut ke Facebook dan ada antara rakan-rakan yang mengatakan bahawa terdapat hantu dalam gambar itu.

“Pada mulanya saya tidak dapat melihatnya. Namun, selepas 15 ke 20 minit, barulah saya menyedarinya dan berasa amat terkejut,” katanya.

Rubil kemudiannya berkongsi gambar itu  di akaun media sosial.

“Saya merakam gambar ini kerana berfikir ia agak lucu melihat dua orang biarawati yang kelihatan seperti ingin naik ke atas bas dan memeriksa tiket setiap penumpang bagaikan seorang konduktor.

“Kemudiannya, saya sedar bahawa wanita dalam kot berwarna coklat di belakang mereka berkemungkinan adalah hantu!” tulis Rubil pada kapsyen gambar tersebut.

Gambar tersebut menerima lebih 100,000 tontonan dan berpuluh-puluh komen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN