fbpx

Pemandu bas mati dihempap bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang pemandu bas persiaran maut dihempap bas di sebuah bengkel di Jalan Pendamar di sini semalam.

Mangsa, Hermang Amir berusia 33 tahun berasal dari Sabah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bawah bas tersebut dalam kejadian yang dimaklumkan pukul 9 malam kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang membaiki sistem hidraulik bas tersebut.

“Secara tiba-tiba alat pengangkat beban yang digunakan telah turun dengan sendirinya menyebabkan mangsa telah dihempap oleh bas tersebut.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI