fbpx

Wanita dilarang solat tarawih di masjid Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Masjid dan Pusat Islam Jamia di Slough, Berkshire, England. – Google Street View

LONDON – Sebuah masjid di Britain didakwa mengamalkan diskriminasi jantina apabila me­larang jemaah perempuan menunaikan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Masjid dan Pusat Islam Jamia di Slough, Berkshire itu menyatakan bahawa ruang solat wanita ditutup sejak hari pertama Ra­madan sebagai mematuhi perintah kerajaan mengehadkan kapasiti 220 orang pada satu masa.

Bagaimanapun, pihak pengurusan masjid enggan memberikan penjelasan mengapa hanya ruang solat wanita ditutup dan bukan bahagian lelaki.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan sebilangan penduduk yang menganggap keputusan tersebut dibuat kerana ego di mana hanya lelaki boleh memutuskan sama ada wanita boleh solat di masjid atau tidak.

 

              JULIE SIDDIQ

 

AIktivis tempatan, Julie Siddiqi meluahkan kekecewaannya di laman Facebook dan mahukan perkara itu diambil tindakan segera.

“Pihak pengurusan sebuah masjid di kejiranan saya di Slough mengesahkan mereka tidak membenarkan wanita datang untuk solat tarawih.

“Saya faham semuanya tentang protokol kesihatan tetapi ini adalah satu tindakan tidak adil kerana jemaah wanita juga berhak datang solat tarawih di masjid,” katanya.

Tambah Julie, masjid tersebut mempunyai ruang solat luas dan banyak cara yang boleh diambil untuk membenarkan jemaah wanita solat di masjid tanpa me­langgar peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Wanita itu turut mendakwa isu ruang solat wanita sudah lama timbul di Masjid Jamia, namun kali ini ia perlu dibicarakan secara terbuka.

“Ini bukan keputusan dise­babkan wabak Covid-19, ini adalah pemikiran kaum lelaki yang menetapkan peraturan sebegini,” tegasnya.

Pihak pengurusan Masjid Jamia telah dihubungi untuk memberikan komen berkenaan isu tersebut, namun masih belum mengeluarkan sebarang kenya­taan rasmi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI