fbpx

Pengusaha premis, pengunjung di George Town pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHUBAR Ali (kiri) berusaha memastikan pelanggannya memakai pelitup muka semasa berkunjung ke premisnya hari ini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Kesedaran yang tinggi dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19 dapat dilihat apabila semua pengunjung termasuk pengusaha premis di pusat bandar ini mengutamakan pemakaian pelitup muka.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Chowrasta, bazar serta premis makanan popular di Jalan Pinang di sini hari ini mendapati hampir keseluruhan masyarakat khususnya pengunjung luar negeri ini memakai pelitup muka.

Selain itu, pengusaha premis juga dilihat lebih mengutamakan prosidur standard operasi (SOP) pemakaian pelitup muka selain pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).

Pengusaha Restoran Nasi Kandar Line Clear, Jalan Pinang, Sahubar Ali Ina China Mohamad Hanibah, 62, berkata, pihaknya berusaha memastikan para pelanggannya mematuhi SOP kewajipan memakai pelitup muka berkuatkuasa 1 Ogos.

“Alhamdulillah. Pelanggan tidak henti-henti berkunjung ke restoran sejak pukul 8 pagi tadi dan setakat petang ini kami menerima hampir 500 pelanggan.

“Saya sendiri akan pastikan semua pelanggan terbabit patuh SOP pemakaian pelitup muka sebelum masuk ke premis selain perlu penjarakan sosial, mengambil suhu badan dan mencatit butiran diri pada buku,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI