TANGKAK- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang wanita yang merupakan saksi kes perbicaraan di Mahkamah Majistret, di sini.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, wanita bernama Nur Haziqah Hamidi, 24, diminta hadir ke mahkamah bagi kes perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
“Saksi bernombor kad pengenalan 971129-01-7076 diminta hadir bicara pada hari ini dan esok di Mahkamah Majistret Tangkak.
“Justeru, kita mohon orang ramai yang mengenali individu ini untuk melaporkan kepada polis bagi tujuan kami menghubunginya atau memaklumkan secara terus kepada saksi,” katanya.
Menurut beliau, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Intan Norathirah Mohd. Suhaidi di talian 016-9883520. – K! ONLINE