fbpx

19 sekolah di Selangor ditutup akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ribuan pelajar di 19 buah sekolah di negeri terpaksa melupakan seketika pembelajaran bersemuka bermula hari ini apabila diarahkan tutup susulan berlakunya kluster pandemik Covid-19.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dalam kenyataannya memaklumkan ini melibatkan 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama ( SMA ) serta tujuh Sekolah kebangsaan ( SK) termasuk Jenis Kebangsaan Cina ( SKJC).

“Penutupan sekolah ini bagi tujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

“Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin,” katanya.

PKP Petaling turut memberitahu, kesemua sekolah ini melaporkan kejadian 27 kes positif Covid-19 sejak Rabu lalu hingga hari ini bagi semua sekolah tersebut.

Justeru, PKD Petaling menyatakan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

“Kesemua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin,” jelasnya. – K!ONLINE

Berikut merupakan sekolah yang ditutup

SMK/ SMA

1. SMK Bukit Jelutong
2. SMK Bandar Sri Damansara 2
3. SMK Damansara Jaya
4. SMK Seksyen 7
5. SMK USJ 23
6. SMK Puchong
7. SMK Puchong Utama 1
8. SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
9. SMK Bandar Bukit Jalil
10. SMK Seksyen 20
11. SMK Puchong Perdana
12. SMA Bestari Subang

SK / SKJC

1. SK Puchong Perdana
2. SK Bandar Baru Sri Damansara 2
3. SK Bukit Kuchai
4. SK Bandar Sri Damansara 3
5. SK Bukit Jelutong
6. SK USJ 20
7. SJKC Yuk Chai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI