fbpx

PKP: Polis tambah pegawai, anggota di Endau dan Triang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mukin Endau dan Triang, Mersing dikena PKP susulan peningkatan kes positif Kluster Kampung Air Batang.

MERSING – Polis Mersing akan menambah jumlah pegawai dan anggota di Mukim Endau serta Mukim Triang di sini susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan berkenaan yang akan bermula esok.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, usaha itu bagi memastikan pelaksanaan PKP itu berkesan.

“Sudah tentu pegawai dan anggota akan ditambah untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKP dipatuhi dikalangan penduduk,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Pelaksanaan PKP di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Pejabat Daerah Mersing memaklumlan PKP di dua mukim itu yang akan berkuatkuasa esok 20 April sehingga 3 Mei susulan penularan kes Kluster Kampung Air Batang di kedua-dua lokaliti tersebut.

Sehingga kini, KKM telah melakukan 437 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 69 kes positif Covid-19 direkodkan, dengan 25 kes masih lagi aktif, manakala 29 lagi sampel ujian masih menunggu keputusan.

Tambahnya, pelaksanaan PKP di kedua-dua lokaliti itu juga diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari serta mengelak penularan kes ke lokati lain.

Sementara itu, Adun Endau, Alwiyah Talib meminta masyarakat di kawasan itu agar kekal patuhi SOP.

“Kepada yang telah dipakai gelang, tolong kekal duduk di rumah. Kita jaga kita dan kita jaga masyarakat kita.

“Patuhi pemakaian face mask setiap masa, cuci tangan selalu dan jaga jarak.

“Di pihak pusat khidmat Endau sejak dari awal kuarantin kita telah menggerakan bantuan barangan asas kepada semua keluarga terlibat,”katanya ketika dihubungi di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI