fbpx

Bebas Covid-19, Bhumi Pednekar jadi lebih hargai hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BHUMI PEDNEKAR

TIADA yang lebih menggembirakan selain dikurniakan kesihatan. Perkara itu yang dilalui aktres Bhumi Pednekar apabila dia disahkan telah sembuh daripada jangkitan Covid-19 selepas 10 hari dijangkiti wabak tersebut.

Menerusi satu hantaran Instagramnya, pelakon berusia 31 tahun turut berkongsi perkembangan terkini kesihatannya kepada para peminat.

“Saya akhirnya disahkan negatif Covid-19 dan menjadi lebih positif untuk menghargai hidup,” katanya.

Ujar pelakon itu lagi, sepanjang menjalani rawatan, dia sangat menjaga pemakanan dan mengambil vitamin C selain melakukan semua saranan yang telah ditetapkan petugas kesihatan.

“Namun apa yang paling penting ialah sentiasa berfikiran positif dan ikut protokol kesihatan yang telah ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI