fbpx

PKP di Mukim Endau, Triang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor berkuat kuasa esok hingga 3 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP di kedua-dua lokaliti tersebut diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi (28 hari) serta mengelak penularan kes ke lokati lain.

Menurutnya, PKP di kawasan berkenaan dilakukan berikutan penularan kes Kluster Kampung Air Batang.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan 437 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 69 kes positif Covid-19 direkodkan, dengan 25 kes masih lagi aktif.

“Manakala 29 lagi sampel ujian masih menunggu keputusan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jelasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Murni C, Nabawan, Sabah akan ditamatkan esok.

“Dalam tempoh tersebut, KKM telah melakukan 548 ujian saringan dan tujuh daripadanya disahkan positif Covid-19.

“KKM juga mengesahkan berlaku penurunan dan kluster adalah terkawal dengan kes terakhir telah direkodkan pada 13 April lalu iaitu satu kes, manakala semua kes positif telah menerima rawatan dan kontak rapat juga diasingkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI