VOKALIS kumpulan FTISLAND, Lee Hong-ki berkongsi momen bermakna dalam hidupnya apabila berjaya menamatkan latihan wajib ketenteraan.
Dalam hantaran Instagramnya, Hong-ki meluahkan rasa gembira kerana berjaya menyelesaikan latihan wajib tersebut dan berterima kasih kepada peminat kerana setia menunggu kepulangannya.
“Akhirnya, saya selesai menjalani latihan ketenteraan. Masanya sudah tiba. Terima kasih kepada semua kerana sudi dan setia menunggu kepulangan saya.
“Saya sangat berharap agar suatu hari nanti kita dapat bertemu seperti dulu,” katanya.
Penyanyi dan pelakon itu memulakan latihan tentera sejak 30 September 2019.
Dia menjadi anggota kumpulan FTISLAND pertama yang memulakan khidmat sebagai tentera di sebuah kem di daerah Gangwon.
“Cepatnya masa berlalu. Selamat kembali Hong-ki!” ujar seorang peminatnya.