PETALING JAYA – Pakar urologi yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang pertama dalam negara, Datuk Dr. Hussein Awang meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Tawakkal pada pukul 11.27 malam semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di laman Facebook mengucapkan takziah kepada anak Allahyarham, Datuk Dr. Zanariah Hussein dan ahli keluarganya.
“Takziah juga kepada Tan Sri Yahya Awang dan keluarga atas kehilangan abangnya.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya. – K! ONLINE