fbpx

NSFC tebus kekalahan lalu peroleh tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abd. Razak (kanan, depan) ketika meraikan gol jaringan pertama dalam perlawanan Liga Perdana di antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Kelantan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman dekat sini hari ini.

SEREMBAN – Aksi cemerlang pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya untuk tebus kekalahan lalu apabila berjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan menentang Kelantan FC malam ini.

Keputusan perlawanan Liga Premier 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini itu turut disaksikan 703 orang penonton.

Gol pertama NSFC diperolehi hasil jaringan Ketua Pasukan itu, Zaquan Adha Abd. Razak seawal minit keempat.

Kemudian, NSFC membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan penjaga gol,Mohd Muhaimin Mohamad dan memasukkan Damien Chien Khai Lim.

Tidak lama selepas itu, Kelantan FC turut membuat pertukaran dengan mengeluarkan Dzulfahmi Abdul Hadi dan memasukkan Yagaraj Murugan.

Tambahan masa tiga minit untuk separuh masa pertama. Babak kedua perlawanan bermula dengan keputusan NSFC-1 dan Kelantan FC-0.

Kelantan FC menyamakan kedudukan dengan sepakan ‘volley’ dari ketua pasukannya, Mario Arques Blasco pada minit ke-54.

Selang 15 minit NSFC berjaya mendahului jaringan gol melalui sepakan penjuru Zaquan Adha pada minit ke-69.

Tambahan masa tiga minit untuk separuh masa kedua. Perlawanan tamat dengan keputusan NSFC-2 Kelantan FC-1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI