NORWICH – Pengurus Norwich City, Daniel Farke percaya pasukan itu berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas memastikan tempat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Meskipun tewas 1-3 kepada Bournemouth pada aksi Liga Kejuaraan awal pagi semalam, namun pemain-pemainnya tetap ceria menjelang baki empat perlawanan terakhir.
Bagaimanapun, Farke mengakui beliau tetap kecewa dengan keputusan itu, lebih-lebih lagi apabila gagal untuk mengutip tiga mata di laman sendiri.
“Sudah tentu kami kecewa dengan kekalahan ini. Walaupun tewas, namun tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu mood kami selepas disahkan layak ke Liga Perdana musim depan.
“Bagi saya, ini adalah pencapaian yang cukup menakjubkan dan semua pemain berhak untuk meraikannya. Agak sedih kerana kami tidak dapat kongsi kegembiraan ini bersama penyokong di stadium,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau turut memuji mentaliti pemain-pemainnya apabila berjaya bangkit dan kembali ke Liga Perdana, semusim selepas tersingkir daripada saingan tertinggi itu.
“Tidak ada pasukan yang pernah berikan respon seperti kami selepas tersingkir musim lalu. Kebiasaannya, mereka memerlukan masa untuk kembali ke Liga Perdana,” katanya. – AGENSI