fbpx

Quartararo gah ungguli GP Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO menjulang pasukan Monster Energy Yamaha apabila muncul juara GP Portugal di Litar Antarabangsa Algrave, Portimao malam tadi.

PORTIMAO – Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo menerajui Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas memenangi Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algrave malam tadi.

Memulakan perlumbaan pada petak pertama, pelumba kelahiran Perancis itu bagaimanapun dipintas pada awal saingan, namun masih mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan.

Kesabaran Quartararo terbalas apabila dia berjaya memimpin perlumbaan pada pusingan ke­sembilan selepas memintas pelumba Suzuki, Alex Rins.

Kemudian, pelumba berusia 22 tahun itu mendahului perlumbaan dengan lebih selesa apabila pencabar terdekat, Rins terjatuh ketika perlumbaan berbaki tujuh pusingan.

Quartararo terus mengekalkan tunggangan mantap sebelum menamatkan perlumbaan sebagai pemenang dengan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia di kedudukan kedua, manakala Joan Mir dari Suzuki di tempat ketiga.

“Saya sangat gembira untuk kembali ke sini kerana masih berbekalkan keyakinan selepas perlumbaan di Qatar sebelum ini. Kami sangat pantas hari ini
(semalam) dan saya langsung tidak menjangkakan kemena­ngan pada hari ini.

“Saya akui pelumba-pelumba di belakang beri tekanan yang cukup hebat tetapi saya tenang dan melakukan tunggangan se­perti biasa. Terima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera dalam keadaan terbaik,” kata Quartararo sejurus tamat perlumbaan.

Sementara itu, juara dunia lapan kali dari pasukan Repsol Honda, Marc Marquez yang me­lakukan penampilan pertama musim ini menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI