fbpx

Masya untung ribuan ringgit jual biskut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA menunjukkan antara koleksi biskut raya yang dijualnya.

PETALING JAYA – Baru se­minggu memasuki bulan Ramadan, penyanyi Masya Masyitah sudah mendapat keuntungan berlipat ganda bahkan mencecah ribuan ringgit dengan menjalankan perniagaan menjual biskut raya secara dalam talian.

Masya atau nama lengkapnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff berkata, dia mula menjual biskut raya diusahakan bersama dengan ibunya, Zalilah Mat Noor sejak tahun lalu.

“Alhamdulillah, walaupun negara masih dilanda permasalahan Covid-19 yang masih tak habis-habis, rezeki itu sebenar­nya ada kalau kita sentiasa berusaha.

“Tahun lepas kita buat suka-suka sahaja dan hanya untuk pe­langgan di sekitar Lembah Klang. Sekarang ini, satu Malaysia boleh rasa biskut raya yang saya buat dengan air tangan saya sendiri sebab boleh jual secara dalam talian.

“Sekarang sudah hampir se­minggu berpuasa, hasil jualan sudah boleh mencecah belasan ribu. Bukan nak riak tapi nak berkongsi dengan semua, kalau kita berusaha, Insya-Allah rezeki itu ada,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Juara pertandingan nyanyian, Yippi Star Quest 2020 itu berkata, tiada alasan untuk dirinya berasa segan atau malu menjual biskut raya walaupun bergelar seorang artis.

“Saya tak segan jual biskut raya, lagipun ini hasil rezeki yang halal. Artis ke bukan artis ke, di mana ada peluang menjana wang, kita ambil peluang itu.

“Lagi-lagi waktu sekarang pandemik Covid-19 masih berlaku. Saya percaya ramai yang terkesan disebabkan dugaan yang sedang menimpa bukan sahaja Malaysia bahkan satu dunia.

“Saya juga akui, tawaran nyanyian memang kurang sebab Covid-19. Nak jumpa peminat susah apatah lagi buat persembahan pentas. Apa yang boleh kita buat dalam talian, kita usahakan sehabis baik,” kongsi pelantun lagu Halimunan itu.

Biskut raya yang dijual Masya, 21, secara dalam talian terma­suklah Tart Nenas Gemok, Biskut Mohabbatin dan Ice Cream Sporties Chocolate Cookies.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI