fbpx

Suami isteri curiga punca kematian bayi angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizam menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kematian anak angkatnya ketika ditemui di Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Sepasang suami isteri di sini mendakwa bayi angkat mereka meninggal dunia dipercayai akibat didera.

Menurut Mohd. Nizam Jamaludin, 33, bayi angkatnya, Muhammad Danish Hakimi, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) 10 pagi pada 28 Mac lalu.

Katanya, sebelum itu arwah dirujuk ke HSA oleh doktor di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini selepas terdapat kesan lebam di bahagian dahi, pipi dan tangan kanan selain terdapat pendarahan dalam kepala.

“Saya menjaga bayi berkenaan bermula bulan Oktober hingga ke Januari lalu ketika dia berusia dua bulan sebelum diserahkan kepada bapa kandungnya empat bulan selepas itu.

“Bapa kandungnya memberi alasan datuk Danish mahu melihat cucunya itu. Namun pada 11 pagi 24 Mac lalu saya mendapat panggilan daripada ayah kandung bayi berkenaan memberitahu Danish sudah koma di HSA kerana terjatuh dari sofa.

“Saya curiga dengan alasan diberikan kerana laporan doktor memberitahu bayi berkenaan disyaki didera,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Gunung Selatan di sini hari ini.

Katanya, selepas diselidik bayi berkenaan rupanya diserahkan kepada sebuah keluarga lain di sekitar pusat bandar Kluang.

“Saya tidak pasti apa motif keluarga berkenaan mahu menjaga Danish sedangkan, suami dan isteri berkenaan tidak bekerja serta mempunyai anak-anak yang masih kecil.

“Baru-baru ini saya terserempak dengan isteri keluarga berkenaan yang bertindak memarahi saya kerana masuk campur dalam kes kematian Danish,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kes berkenaan dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI