fbpx

NASA benarkan angkasawan jadi kanibal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- NASA tidak mempunyai panduan khas tentang bagaimana hendak ‘mengebumikan’ mayat angkasawan yang mati ketika misi ke Planet Marikh kelak. - Getty Images

WASHINGTON – Angkasawan yang bakal menyertai misi angkasa lepas di Marikh yang dinanti-nantikan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dilaporkan boleh dijadikan makanan anak kapal jika mereka mati di sana, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Pakar turut mengatakan para penjelajah angkasa yang mati semasa melakukan tugas mungkin akan dilepaskan ke orbit dan dibiarkan terapung di ruang atmosfera.

Sejak misi angkasa lepas pertama 60 tahun lalu, dipercayai 21 angkasawan telah kehilangan nyawa mereka namun agensi angkasa lepas masih bersiap sedia dengan misi penghantaran manusia pertama ke Planet Marikh dan bilangan kematian dijangka akan meningkat.

Penjelajah yang dihantar ke Planet Marikh akan menghabiskan sekurang-kurangnya tujuh bulan di dalam kapsul perjalanan yang belum pernah dilakukan oleh manusia.

Sekiranya bertahan dalam perjalanan dan tiba di destinasi, mereka perlu bersiap sedia berdepan persekitaran buruk yang tidak boleh dijangka sesiapa.

Jika ada anak kapal mati, ia akan memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum mayat itu dikembalikan ke Bumi.

Jadi dalam situasi paling buruk, jika anggota lain kekurangan bekalan makanan maka mereka dibolehkan memakan angkasawan yang mati

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, pernah berkata sekiranya ingin pergi ke Marikh, bersiap sedialah untuk mati.

NASA tidak mempunyai protokol khas untuk kematian di angkasa tetapi para penyelidik lapangan menyarankan cara ‘mengeumikan’ angkasawan yang tidak terselamat dengan hormat.

Sekiranya anggota kru meninggal semasa misi sejauh 170 juta batu ke Marikh, mayat itu boleh dimasukkan ke dalam simpanan sejuk atau dikeringkan dengan beku, tulis Popular Science.

Pilihan lain adalah melepaskan mayat ke ruang angkasa dan membiarkannya terapung selama-lamanya.

“Buat masa ini, tidak ada garis panduan khusus baik di NASA atau di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa pengebumian seorang angkasawan yang mati adalah dengan melepaskan mayatnya ke angkasa,” kata wakil Pejabat Perlindungan Planet NASA, Catherine Conley. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI