fbpx

Justin Theroux, Aniston masih saling mencintai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN THEROUX dan Jennifer Anniston.

BIARPUN telah bercerai sejak tiga tahun lalu, pelakon Justin Theroux mengakui bahawa dia masih sayangkan bekas isterinya yang juga aktres jelita Jennifer Aniston.

Bahkan Theroux bukan bertepuk sebelah tangan kerana Aniston juga mengakui bahawa dia mempunyai perasaan yang sama terhadap bekas suaminya itu.

Menurut laporan Hollywoodlife, Theroux memberitahu, walaupun dia dan Aniston tidak berbual setiap hari, namun mereka kerap berhubung menerusi mesej atau panggilan video.

“Kami masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Kami masih menyayangi antara satu sama lain walaupun telah bercerai. Jujur saya katakan yang saya gembira dengan persahabatan ini. Satu kerugian sekiranya kami putus hubungan,” kata Theroux.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015, namun perkahwinan yang dibina mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum mereka berpisah pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI