fbpx

Chris Brown disaman bekas orang gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRIS BROWN

PENYANYI Chris Brown dilaporkan berdepan saman daripada bekas pembantu rumahnya, Patricia Avila selepas kakak wanita itu yang dikenali sebagai Maria diserang anjing peliharaan penyanyi tersebut.

Menerusi tuntutan yang difailkan Avila di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Avila mendakwa anjing milik Brown menyerang Maria sewaktu mereka sedang membersihkan rumah penyanyi itu pada 12 Disember tahun lalu.

Dalam tuntutannya, Maria mendakwa digigit pada bahagian mata, kaki dan mengalami kecederaan teruk pada lengan.

Ekoran kecederaan yang dialaminya, Maria menjalani dua pembedahan serta menerima rawatan selama beberapa hari di hospital.

Pada masa sama, Avila turut dilaporkan mengalami tekanan emosi yang teruk termasuk menderita trauma, kemurungan dan serangan panik.

Bagaimanapun, jumlah ganti rugi yang dituntut Avila terhadap penyanyi yang popular menerusi lagu Gimme That itu tidak dinyatakan secara terperinci.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI