fbpx

Arjun Rampal, Neil Nitin Mukesh positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjun Rampal (kanan) dan Neil Nitin Mukesh disahkan positif Covid-19.

MUMBAI – Dua pelakon tampan Bollywood, Arjun Rampal dan Neil Nitin Mukesh menjadi selebriti terbaharu yang disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri kedua-dua pelakon itu dalam Instagram mereka sejak semalam.

“Saya telah disahkan positif Covid-19 walaupun tidak bergejala. Kini saya sedang menjalani rawatan dan kuarantin kendiri di rumah. Saya akan patuhi segala protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” ujar Arjun menerusi satu hantaran dalam Instagramnya.

Pada masa sama, pelakon filem Dil Hai Tumhaara itu juga meminta individu yang menjadi kontak rapat dengannya sejak 10 hari lalu supaya melakukan ujian calitan Covid-19.

“Tolong jaga diri anda dan amalkan norma baharu dengan lebih berhati-hati. Ini adalah waktu sukar untuk kita semua dan marilah bersama-sama kita melawan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, pelakon Neil Nitin juga turut berkongsi status dalam Instagramnya dengan memaklumkan bahawa keluarganya juga turut dijangkiti wabak tersebut.

“Saya dan ahli keluarga kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif Covid-19.

“Terima kasih kepada anda yang mendoakan saya dan juga keluarga. Jaga diri dan moga kekal selamat,” ujar aktor yang pernah membintangi filem 7 Khoon Maaf itu.

Terdahulu, beberapa nama besar pemain industri Bollywood turut disahkan positif Covid-19 seperti Sonu Sood, Manish Malhotra, Sumeet Vyas, Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan, Arjun Kapoor, Amir Khan dan Akshay Kumar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI