fbpx

2,195 kes, semua negeri rekod kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 2,195 kes dicatatkan pada hari ini

PUTRAJAYA – Negara masih merekodkan kes harian melebihi 2,000 dengan 2,195 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 375,054 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan kes baharu tertinggi sebanyak 508 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 431 kes dan Johor sebanyak 387 kes.

“Seterusnya, Kelantan (332 kes), Kuala Lumpur (176 kes), Sabah (112 kes), Pulau Pinang (84 kes), Negeri Sembilan (42 kes), Perak (35 kes), Kedah (30 kes), Melaka dan Pahang (masing-masing 15 kes) dan Terengganu (16 kes).

“Dalam pada itu, Labuan merekodkan enam kes baharu manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing tiga kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI