fbpx

‘Segerakan vaksin kepada pengamal media’ – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menangguhkan suntikan dos pertama vaksin Covid-19 kerana mahu melakukannya bersama pengamal media.

Saifuddin berkata, beliau sudah meminta supaya pemberian vaksin kepada pengamal media disegerakan memandangkan mereka juga adalah barisan hadapan.

“Saya menangguhkan suntikan vaksin kerana saya mahu terima vaksin bersama dengan pengamal media.

“Tunggu giliranlah sama-sama maknanya, bila saya terima suntikan itu, pengamal media pun akan dapatlah,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai perkembangan kes iklan Hari Raya berunsurkan aktiviti judi atas talian, di kementeriannya hari ini.

Saifuddin memberi bayangan, vaksinasi membabitkan pengamal media mungkin dibuat dalam fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan bermula esok.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI