fbpx

13 ditahan bantu siasatan iklan Raya promosi judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, bersama Dev (kanan) pada sidang akhbar khas mengenai iklan Hari Raya berunsurkan judi atas talian, hari ini.

PUTRAJAYA – Seramai 13 individu ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan dua video iklan Hari Raya berunsurkan judi dalam talian seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

Dev berkata, daripada jumlah tangkapan itu, sembilan individu ditahan bagi kes iklan pertama manakala, empat lagi bagi iklan kedua.

Beliau berkata, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955 dan Akta SKMM.

“Mereka yang ditahan itu adalah pelakon dan penerbit video iklan berkenaan. Perintah tahanan reman bagi kesemua mereka akan berakhir esok.

“Buat masa ini, kami masih lagi mengesan dalang sebenar di sebalik pembikinan video iklan itu. Kami juga tidak dapat sahkan sama ada syarikat judi dalam talian itu berpusat di Malaysia atau luar negara,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI